Generasi Kesembilan (100 Series, 1998-2007) Toyota Land Cruiser

100 Series
Pre-facelift Toyota Land Cruiser (US)
Maklumat
Juga dikenaliLexus LX 470
Pengeluaran1998-2007
PemasanganJepang: Toyota City (ARACO)
Stail badan4-pintu wagon
Enjin
Penghantaran
Jarak roda2,850 mm (112.2 in)
Panjang4,890 mm (192.5 in)
Lebar1,941 mm (76.4 in)
Tinggi1,849 mm (72.8 in)
Berat Curb2,320 kg (5,115 lb)

Bulan April 1998, telah dilancarkan sebuah Land Cruiser baru berkode Land Cruiser 100, menggantikan Land Cruiser 80. Ada 2 versi Land Cruiser, iaitu 100 dan 105.

Land Cruiser 105 mengambil sebahagian besar casis dan powertrain dari 80 series.Menggunakan enjin petrol 6 silinder segaris. Hanya dijual di Afrika, Australia, dan beberapa negara Amerika Selatan.

Land Cruiser 100 menggunakan casis sedikit lebih lebar, penggantungan bebas, dan 2 mesin baru. Handlingnya telah diperbaiki supaya lebih selesa untuk dipandu.

Walaupun badan Land Cruiser 100 dan 105 yang serupa, tapi ada perbezaan di antara keduanya. Pada LC 100, bahagian depan kereta kelihatan lebih rendah dari bahagian belakangnya, kerana adanya IFS. Perbezaan lain di antaranya kedua model ini adalah reka bentuk bannya.

Diperkenalkannya sebuah mesin V8 juga menjadi perkara yang pertama untuk Land Cruiser generasi ini, yang sebenarnya bertujuan untuk meningkatkan jualan di pasaran Amerika Utara. Di Australia, LC 100 dengan enjin V8 hanya boleh didapati dengan model GXV saja, sedangkan LC 105 boleh didapati dalam pelbagai model dengan enjin petrol 6 segaris jenis 1FZ-FE dan diesel 1Hz. Enjin turbodiesel baru berkode 1HD-FTE baru dipasarkan di Australia tahun 2000 (di Inggeris sejak tahun 1998).

Land Cruiser 100 juga menjadi asas dari Lexus LX 470, yang dijual di Jepun dengan nama Land Cruiser Cygnus di Jepun. Di United Kingdom dan Ireland, Land Cruiser 100 dipasarkan dengan nama Land Cruiser Amazon dari tahun 1998 hingga 2003.

Tahun 2000, Toyota merayakan perayaan Land Cruiser ke 50. Pada tahun itu, Land Cruiser telah terjual sebanyak 3,72 juta unit di seluruh dunia.